Disney+ Hotstar

Disney+ Hotstar (dikenali sebagai Hotstar di luar India dan Malaysia) ialah sebuah perkhidmatan video atas permintaan India yang dimiliki oleh Star India, anak syarikat The Walt Disney Company.[2] Ia dilancarkan sebagai Hotstar sejak 2015, sebelum pemerolehan Hotstar oleh Disney+ pada April 2020.[3] Di India, perkhidmatan ini digunakan lebih kurang 300 juta pengguna aktif.[2] Disney+ Hotstar juga terdapat di negara di luar India, iairu Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, dan Malaysia. Di Malaysia, perkhidmatan ini mula beroperasi pada 1 Jun 2021 dengan menyiarkan kandungan dari Disney dan puluhan filem tempatan.[4]Pada Februari 2020, setelah pemerolehan induk Star India, 21st Century Fox, oleh Disney pada 2019, Disney mengumumkan rancangan integrasi perkhidmatan video atas permintaan Disney+ dengan Hotstar pada April 2020, untuk memanfaatkan infrastruktur dan pengguna Hotstar. Pada 3 April 2020, platform tersebut digabungkan dengan Disney+.[5]

Disney+ Hotstar

Pemilik The Walt Disney Company India
Kawasan yang dipasarkan Sebagai Disney+ Hotstar:
  • India
  • Malaysia
Sebagai Hotstar:
  • Amerika Syarikat
  • Kanada
  • United Kingdom
  • Sri Lanka
  • Singapura
Industri Penstriman
Dilancarkan Februari 2015 (2015-02)
Tersedia dalam
  • Hindi
  • Tamil
  • Telugu
  • Malayalam
  • Kannada
  • Marathi
  • Bengali
  • Inggeris
  • Melayu
Servis Penstriman video atas permintaan
Jenis laman web Platform OTT
Induk Novi Digital Entertainment (Star India)
Kedudukan Alexa 251 (12 Jun 2020)[1]
Laman web hotstar.com
Presiden Sunil Rayan
Status terkini Aktif

Rujukan

WikiPedia: Disney+ Hotstar http://hotstar.com http://www.disneyplushotstar.my https://www.alexa.com/siteinfo/hotstar.com#section... https://deadline.com/2020/03/disney-out-india-apri... https://www.digitaltveurope.com/2020/03/12/disney-... https://www.indiantelevision.com/iworld/over-the-t... https://gadgets.ndtv.com/entertainment/news/hotsta... https://onlytech.com/star-india-to-launch-hotstar-... https://www.reuters.com/article/us-walt-disney-res... https://techcrunch.com/2020/04/02/disney-plus-indi...